KOKURIKULUM
Membangun Sahsiah, Membentuk KepimpinanÂ
Membangun Sahsiah, Membentuk KepimpinanÂ
Kegiatan kokurikulum di SMK Datuk Hj Abdul Kadir memainkan peranan penting dalam membentuk pelajar yang seimbang dari segi akademik, sahsiah, dan kepimpinan. Melalui pelbagai aktiviti yang ditawarkan, pelajar berpeluang mengasah bakat, meningkatkan disiplin, dan membina jati diri yang kukuh.
📌 "Kejayaan bukan hanya diukur melalui akademik, tetapi juga melalui pengalaman, kepimpinan, dan semangat berpasukan yang dibentuk melalui kokurikulum."
📊 Fakta Menarik!
✔ 18+ Kelab & Persatuan
✔ 8 Pasukan Unit Beruniform
✔ 12 Kelab Sukan & Permainan
Bersama-sama, kita membentuk generasi yang cemerlang dan berdaya saing! 💪🔥
Persatuan Bahasa Melayu
Persatuan Bahasa Inggeris
Persatuan Bahasa Cina
Persatuan Bahasa Tamil
Persatuan Sejarah & Geografi
Kelab Seni Visual
Persatuan Kebudayaan Drama/ Teater
Kelab Pengguna/ Kitar Semula
Kelab Malaysiaku
Kelab Usahawan & Koperasi Sekolah
Kelab STEM
Kelab Kerjaya
Kelab Komputer
Kelab SPBT
Kelab Fotografi
Kelab Doktor Muda
Kelab Keselamatan Jalan Raya
Kelab Rukunegara
Pasukan Kadet Remaja Sekolah
Kadet Pertahanan Awam
Pasukan Kor Kadet Polis
Kadet Bomba & Penyelamat
Persekutuan Pengakap
St. John Ambulans Malaysia
Pergerakan Puteri Islam
Persatuan Pandu Puteri Malaysia
Kelab Badminton
Kelab Bola Sepak
Kelab Hoki
Kelab Sofbol
Kelab Sepak Takraw
Kelab Catur
Kelab Ping Pong
Kelab Bola Keranjang
Kelab Bola Baling
Kelab Bola Jaring
Kelab Memanah
Kelab Olahraga
SMK Datuk Haji Abdul Kadir komited dalam membangunkan potensi pelajar bukan sahaja dalam bidang akademik, malah turut memberi tumpuan kepada pembangunan bakat sukan melalui beberapa program khusus. Sekolah ini menawarkan program pembangunan atlet dalam tiga sukan utama iaitu bola sepak, hoki dan olahraga.
Program ini dirancang secara sistematik bagi melahirkan atlet yang cemerlang, berdisiplin dan berdaya saing di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Dengan bimbingan jurulatih yang berpengalaman serta sokongan kemudahan latihan yang sesuai, para pelajar berpeluang mengembangkan bakat mereka dalam suasana yang kondusif dan terarah.
SMK Datuk Haji Abdul Kadir merupakan salah sebuah sekolah yang diiktiraf sebagai Pusat Latihan Daerah Seberang Perai Utara 2 (PLD SPU 2) bagi sukan bola sepak. Program ini) merupakan salah satu program di bawah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP). Pengiktirafan ini membolehkan sekolah menjadi pusat tumpuan dalam melahirkan bakat-bakat muda yang berpotensi tinggi dalam bidang bola sepak peringkat daerah.
PLD SPU2 bermula dengan ambilan pemain Batch pertama pada tahun 2021. Sebagai sekolah PLD, SMKDHAK menyediakan kemudahan latihan yang lengkap, jurulatih bertauliah, serta program pembangunan atlet yang sistematik selaras dengan usaha membentuk atlet pelapis negara. Pelajar yang terlibat bukan sahaja diberi peluang untuk mengembangkan bakat sukan, malah turut diasuh dari aspek disiplin, kepimpinan dan nilai murni sebagai insan seimbang.
PLD SPU2 beroperasi dengan 4 orang jurulatih:
1) Ketua Jurulatih Pusat (KJP)
- Mohd Zabidi bin Othman (U15 & U16)
2) Jurulatih Separuh Masa (JSM)
- Izzuddin bin Elias (U13)
- Abd Rahman bin Jaafar (U14)
- Mohamad Norazwan bin Majid (U17)
Berikut adalah waktu latihan bola sepak:
1) U13 - 5.00 ptg hingga 6.30 ptg
2) U14 - 3.30 ptg hingga 5.30 ptg
3) U15 & U16 - 3.30 ptg hingga 5.00 ptg
4) U17 - 5.00 ptg hingga 6.30 ptg
Bagi memantapkan kemahiran pemain, pasukan-pasukan ini telah menyertai beberapa kejohanan bola sepak. Berikut adalah nama kejohanan:
1) Liga PLD negeri/kebangsaan - U14 & U16
2) Kejohanan MSSPP - U15 & U17
3) Liga SupaRimau - U13, U14 dan U15
4) Penang Amateur League - U16 & U17
5) Kejohanan Terbuka - Semua kategori umur